Wednesday, September 12, 2012

Tahniah Buat Anak-anak

Dalam bulan Syawal yang barakah ini, ada beberapa perkara yang membuatkan aku gembira dan lega dengan anak-anak, atas izin Allah jua ...

Pertama-tamanya, Wani telah selesai menjalani peperiksaan akhir semesta pertamanya tanpa halangan. Semasa pembelajaran aku melihat Wani agak tertekan dan berat sangat hendak menghadapi pelajarannya kerana kursus yang diambil oleh Wani padaku berat sekali, iaitu Foundation in Electrical and Electronic Engineering. Dalam keadaan tertekan begitu, Wani akan selalu mengalami pening kepala. Aku berdoa agar Wani diberikan kekuatan rohani dan jasmani agar dapat menguasai pelajaran yang diajarkan dan dipelajarinya. Tahniah, dah selesai satu semester dan semoga Wani lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang telah ditempuhinya, insyaallah ...

Walaupun dah selesai semester pertama, tetapi masih tergambar keletihan lagi.

Semasa belajar di UNITEN ini, Wani tidak tinggal di kampus tetapi berulang-alik dari rumah dengan memandu sendiri keretaku. Akan tetapi, Wani begitu berminat sekali hendak memandu 'gajah' abah, kerana katanya jalan di kampus banyak bump. Semasa semester break ni, Wani bertekad hendak memandu 'gajah' abah. Akhirnya suatu hari tu, Wani berjaya memandu 'gajah' abah ke kampus bersama-samaku atas satu urusan, kemudian memandu ke Bangi. Tahniah ... aku confident dengan cara Wani memandu 'gajah' abah ...

Wah, suka hati dapat bawak 'gajah' abah!

Sampai ke cerita Wati pula, aku begitu gembira sekali apabila Wati sudah agak stabil dengan kerja freelance melukis komik untuk clients dari US dan UK. Walaupun nampak Wati tertekan untuk menepati dateline, namun bayarannya agak lumayan dan episod I komik yang dibuat oleh Wati dan teamnya telah terbit di UK dan terdapat officially online di  http://www.TheRedTheWhiteandTheBlue.com Tahniah ... 

Episod I yang telah terbit di UK.

Seterusnya, aku amat gembira kerana dah terbuka hati Wati nak memakai tudung. Wati berhasrat hendak mula memakai tudung semasa bulan puasa tetapi tak jadi. Lepas raya barulah Wati mula memakainya. Sebagai seorang yang berjiwa seni, Wati mempunyai identiti tersendiri memakai tudung. Alhamdulillah dan tahniah ... Menunggu Yana jer bila lagi nak pakai tudung.

Cantik Wati apabila memakai tudung.

Wati pun berhasrat juga nak menunggang kuda di kelab menunggang kuda kawan abah (tokey Malik) di Bangi. Suatu malam tu, kami sekeluarga (tanpa abang) telah pergi ke kandang kuda berkenaan. Apabila sampai, pekerja tokey telah menjemput anak cuba menunggang kuda. Apa lagi, bagi Wati ibarat kecil tapak tangan nyiru ditadahkan! Mula-mula nampak macam kekok juga Wati menunggang. Akan tetapi, selepas beberapa minit, Wati relaks saja tanpa masalah. Menurut tokey, Wati cepat adapt menunggang. Tahniah ... nanti boleh masuk kelas belajar menunggang sehingga berjaya menjadi penunggang yang boleh menyertai pertandingan ...

Nampak selesa Wati menunggang.
Yana pula menghadapi hari yang besar menerima sijil diplomanya setelah 3 tahun belajar di Nilai Universiti. Yana amat lega dan gembira sekali kerana telah berjaya menyelesaikan pembelajarannya di situ. Kami sekeluarga turut amat gembira. Tahniah buat Yana ... dan selamat berjaya pula dalam kerjaya dan berkeluarga pula nanti...

Alhamdulillah ...

Last but not least setakat ini, Zafhri juga telah berjaya membuka kedai makan bersama-sama kawannya di Labu pada hari Isnin, 10 September 2012. Pada hari itu juga, kami sekeluarga telah pergi ke kedainya dan dapat merasa roti canai dan nasi ayam, sedap. Kedudukan kedai pula nyaman di kawasan kampung dan agak strategik kerana dekat dengan sekolah, balai polis dan pejabat peladang. Selain itu, Zafhri juga dah mula kerap mendapat tempahan kambing golek untuk majlis-majlis tertentu. Semoga Zafhri dan rakan-rakannya terus berjaya menjadi usahawan suatu hari nanti, insyaallah. Tahniah ... lupa pulak nak snap foto kedai. Sebelum ni Zafhri pernah menjual nasi lemak di Taman Teknologi, roti john aku jual di ofis sebelum sakit dulu dan terakhir jual 'mush burger' di Nilai Square ...

Buat roti john.
Buat 'mush burger'.
'Mush burger' abang.

4 comments:

  1. Thank you mak, for all your support and never gave up in any obstacles and tests from the one Almighty Allah. Alhmdulillah. We love you, mom :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah semua, masing-masing dengan bidang, minat dan cita-cita masing yang berbeza!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, setakat ini Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah Shimah ...

      Delete
  3. as salam puan boleh tolong emelkan emel puan
    my emel noreen1705@gmail.com
    saya nak dapatkan contact puan untuk temuramaha majalah.tq

    ReplyDelete