Wednesday, September 12, 2012

8 September 2012 - Graduation Yana ... TAHNIAH

(Sila hentikan muzik blog ini dahulu untuk mendengar muzik kaducapan ini)




Pada 8 September 2012 ... hari yang akan dikenang oleh anak ketigaku, Yana. Hari itu, Yana melangkahkan kaki naik ke pentas untuk menerima scroll diplomanya dalam bidang kulinari. Alhamdulillah, with merit

Melangkah di atas pentas untuk menerima sijil.
Bunga daripada keluarga, dan sijil.
Yana mengambil bidang kulinari, bahagian kitchen. Secara logiknya, Yana menjadi seorang chef, jika dia ingin meneruskan kariernya dalam bidang ini. Akan tetapi, daripada pengalaman semasa membuat internship di Hotel Nilai Springs pada tahun 2011, Yana berasa serik hendak bekerja di hotel kerana kerja shift yang tidak menentu masanya. Pada masa itu, kebetulan bulan puasa ... Masih ku ingat Yana ada balik ke rumah pada pukul 3 pagi, dan ada masanya Yana balik pukul 12 tengah malam atau 1 pagi, dan bangun tidur semula kira-kira pukul 3 pagi untuk bersiap-siap dan keluar pukul 4 pagi untuk masuk kerja pukul 5 pagi! Kebanyakan masa, Yana balik pukul 12 malam ke atas. Sebagai seorang ibu, aku berasa cemas dan risau, tambahan pula masa tu aku sedang tidak keruan menghadapi rawatan kemoterapi dan radioterapi ...

Alhamdulillah, Yana telah dapat menyelesaikan internship dengan jayanya dan kini telah memperoleh diplomanya. Apa yang penting sekarang, Yana perlu berusaha mencari kerja yang sesuai dengannya, untuk mendapatkan pengalaman sebelum betul-betul berkecimpung dengan karier yang menjadi cita-citanya selama ini, untuk membuka outletnya sendiri. Insyaallah, mudah-mudahan Allah mengizinkan Yana dapat mencapai cita-citanya ...

Tidak lupa juga, ucapan tahniah kepada anak angkatku, Tinie, yang sama-sama naik ke pentas mengambil diplomanya dalam bidang kulinari juga tetapi bahagian hotel management.

Tahniah Tinie ...

Sekarang, hanya doa daripada kami sekeluarga untuk kedua-dua anak ini agar mereka berjaya dalam hidup berkerjaya dan berkeluarga nanti. Pada hari bersejarah mereka, kami menceriakan keadaan dengan memberikan mereka berdua bunga ...

Bunga daripada kami untuk Tinie.
Bunga daripada kami untuk Yana.
Bunga daripada mak Tinie untuk Yana.
Bunga daripada mak Tinie untuk Tinie.
Sekarang, tinggal Wani sorang jer lagi nak mengikut jejak langkah kakak dan abang naik ke pentas nanti. Good luck to Wani on your study at UNITEN ...

2 comments:

  1. Tahniah Yana, sekejapnya masa berlalu, dah grad pun!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Shimah kan ... kita nampak anak-anak kita kecik jer lagi ... Thanks

      Delete