Monday, September 3, 2012

Anggota Keluarga Baharu - Si Tuah yang Comel

Tuah yang bertuah dan sangat comel 
24 Ogos ialah hari yang paling bertuah bagi seekor kucing yang sangat comel ini. Pada pagi hari itu, semasa Wani yang hendak keluar menghadiri open house di rumah kawannya, dia terdengar bunyi anak kucing yang mengiau. Wani ingatkan anak kucing di dalam longkang dan di terus juga keluar. Sebelum keluar dari kawasan rumah, guard yang bertugas ketika itu memaklumkan ada bunyi anak kucing di dalam enjin kereta. Jiran juga mengatakan demikian, lantas Wani pusing balik ke rumah semula. Tak berani nak guna kereta, maka kawannya datang mengambilnya.

Kami sekeluarga cuba mengesan di mana anak kucing itu berada, tatapi senyap pula dia. Puas mencari tak jumpa, kami biarkan sahaja. Pada malamnya, terdengar semula bunyi anak kucing mengiau di dalam enjin kereta. Zafhri cuba meraba di dalam enjin dan terjumpa! Seekor anak kucing yang sangat comel, yang kelaparan. Kami kesian melihatnya yang pasti sangat lapar setelah sehari semalam duduk di dalam enjin kereta. Yana dan Wani terus pergi ke Bangi untuk membeli susu dan botol untuk anak kucing itu, malangnya kedai kucing semua tutup!

Pada esuknya pagi-pagi Yana pergi ke kedai kucing semula, Alhamdulillah buka. Yana pun membeli susu dan botol susu. Sampai di rumah kami pun memberi anak kucing ini minum susu, tetapi habis puting digigitnya. Akhir-akhirnya, beri dalam piring sahaja dengan makanan untuk kitten

Kini, anak kucing ini semakin nakal dan sangat comel. Seperti kanak-kanak, ia asyik nak bergurau sahaja ... habis tangan dicakarnya apabila bergurau, tetapi sangat seronok melayannya. Kami menamainya Tuah, kerana anak kucing ini sangat bertuah ... terperangkap di dalam enjin kereta dan dapat diselamatkan. Jika tidak mungkin dia mati kepanasan di dalam enjin atau di dalam longkang kerana kebetulan masa itu musim hujan. Jika terperangkap di dalam longkang pasti mati hanyut atau kesejukan. Mungkin sebab sejuk itu jugalah dia memanjat mencari tempat panas di dalam enjin kereta ... Wallahualam ...  

Bahagianya dia ...
Masa menyusu
Muka nakal nak bergurau
Sungguh comel
Bila dah penat bergurau
Siap tutup muka

1 comment: