Friday, December 21, 2012

Kunjungan Sahabat Lama

Minggu lepas, sahabat lamaku, Ogy yang sangat lama tidak kutemui, telah menghantar SMS menyatakan hasrat nak datang menziarahiku bersama-sama Kak Sharifah Fadzilah. Kedua-dua mereka ialah sahabatku yang sama-sama bekerja dan telah bersara lebih awal. Memang aku sendiri teringin sangat sangat nak berjumpa dengan mereka kerana rasa-rasanya lebih 10 tahun kami tidak bersua. 

Akhirnya, pagi Khamis 20 Disember 2012, mereka berdua telah menjejakkan kaki ke rumahku. Betapa aku sangat teruja dan gembira dengan kedatangan mereka. Cuma, aku agak terkilan kerana tidak dapat menjamu mereka dengan jamuan istimewa kerana aku masih terasa letih sebab semalam beriya-iya menghabiskan masa di Big Bad Wolf membeli buku, dan aku hanya menghidangkan sandwic sahaja. 

Bila dah bersua tu, rancaklah kami bercerita ... pelbagai cerita yang keluar terutamanya hal kesihatan masing-masing kerana tujuan sebenar mereka adalah hendak menziarahku dan mendengar cerita tentang pengalaman dan ceritaku tentang penyakit yang kuhidapi. Bercerita tentang sakit, aku bersyukur kerana sahabatku Ogy sihat dan macam dulu jer - awet muda!! Kak Fadzil pun lebih kurang begitu juga, tetapi lebih berhati-hati kerana beliau menghidap autoammune dan pejagaan kesihatan secara keseluruhan lebih kurang seperti aku juga. Walau bagaimanapun, kami amat ceria dan gembira sekali bercerita.

Lepas solat Zohor kami bergerak ke Alamanda untuk lunch bersama-sama, sambil menyambung cerita lagi... sungguh seronok. Lepas lunch, kami siap bershopping pula di Cold Storage. Bukanlah nak shopping sangat, tapi just to enjoy ourselves together as before ... Dalam pada tu, hari pun dah petang dan kami perlu bergerak pulang kerana Ogy pun ada urusan keluarganya sendiri. Sebelum berpisah kami berharap kami dapat bertemu dan menghabiskan masa begini lagi pada masa akan datang kerana masing-masing semua dah masuk dalam kumpulan pesara dan ladies of leisure, insya-Allah. Semoga kami semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera, amin ... Semoga dalam pertemuan yang akan datang juga seorang sahabatku lagi, Shimah, dapat bersama-sama ...

No comments:

Post a Comment