Tuesday, August 14, 2012

Majlis Perkahwinan Sebelum Puasa

Sebelum umat Islam mula menunaikan ibadah puasa, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan, mungkin nak berpuasa dan menyambut 'idilfitri dengan anggota keluarga baharu. Pasti, dengan bertambahnya anggota keluarga akan menyemarakkan lagi kemeriahan berpuasa dan beraya. Aku dan keluarga telah mendapat 3 undangan majlis perkahwinan.

Pada 1 Julai 2012, aku telah memenuhi jemputan majlis perkahwinan anak Kak Norishah (rakan pejabat yang telah bersara pilihan), yang diadakan di GMI (German Malaysia Institute) di Bangi. Majlis ini ialah majlis di pihak lelaki (aku tidak dapat pergi kenduri pihak perempuan yang diadakan sebelumnya). Memandangkan abah di laut masa tu, aku pergi dengan Noreida (rakan pejabat). Sampai di dewan tempat majlis, kami menunggu di luar dewan sebentar untuk mengiringi pengantin. Rupa-rupanya majlis meraikan 2 pasang pasang pengantin! Wah, meriah ... dan aku teruja sekali dapat berjumpa Kak Norishah yang dah lama tak ditemui.

Apabila pengantin sampai barulah kami masuk ke dalam dewan mengiringi pengantin, dan terus ke meja makan. Suasana dalam dewan amat sederhana dan harmoni. Waaa ... melihat makanan yang terhidang, melonjak-lonjak perut sebab dah rasa lapar sangat. Tapi, kena tunggu pengantin bersanding sekejap dan bacaan doa. Bila pengantin dan turun ke meja makan pengantin dan doa dibacakan, barulah kami pun boleh menikmati hidangan makan tengah hari. Begitu enak makanan yang dihidangkan, Alhamdulillah.

Dua pasang pengantin bersanding, dan meja makan pengantin
Dua pasang pengantin di meja makan pengantin
(Sebelah kanan anak Kak Norishah dan menantu lelakinya)
Anak Kak Norishah (Ati) dan suami.
Kak Norishah dan suami makan di meja pengantin dengan anak dan menantu

Pada 8 Julai 2012, aku dan suami mendapat jemputan khas daripada Tifa (kawan karib Wani, untuk majlis perkahwinan abangnya). Majlis diadakan di The Palace of Golden Horses, dan jemputan adalah untuk 3 orang, iaitu aku, Wani dan abah. Memandangkan abah di laut masa tu, Liyana mengambil tempat abah. Majlis diadakan pada waktu malam, penuh gemilang (bunga di sana sini). Aku sangat suka dengan temanya, peach, dengan pelamin dan kek pengantin yang begitu elegant.

Gambar pasangan pengantin dalam kaca berlampu di luar dewan.
Pelamin yang indah
Kek pengantin
Tifa dan Wani, two close friends.

Untuk memeriahkan majlis, tuan rumah menjemput artis M. Daud Kilau dan Nash untuk menghiburkan tetamu yang sedang menikmati hidangan makan malam. Apabila selesai majlis, ramai tetamu yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan artis jemputan, dan tidak terkecuali dengan aku! huhu ...

Nash
Bergambar dengan M. Daud Kilau, yang santun orangnya.



Pada 15 Julai 2012, aku sekeluarga memenuhi satu lagi jemputan, iaitu perkahwinan anak pasangan jiran kami, En. Umar dan Pn. Fatimah. Majlis di adakan di Bandar Sunway Club House, penuh meriah dan gemilang juga (tiada gambar nak dipaparkan). Kali ini, abah ada di darat dan kami satu keluarga menghadirinya. Alhamdulillah, kenyang kami dapat makan tengah hari di majlis ini.

Semoga pasangan itu semua akan hidup bahagia hingga ke akhhir hayat, aamiin ...

No comments:

Post a Comment