Wednesday, December 26, 2012

BIG BAD WOLF

Sejak awal, aku tidak register langsung tentang Big Bad Wolf (BBW). Apabila ada sahabat yang buat postings di FB tentang BBW dengan gambar buku yang banyak, aku tertanya-tanya apa bendanya tu, dan aku tak berapa ambil peduli pun. Semasa aku dan Wati pergi gym di The Mines, Wati ada menyebut yang satu pesta jualan buku besar-besaran akan diadakan di The Mines, dan memang best katanya ...  pun aku tak berapa ambil kisah. Bila Wati cakap pesta jualan buku BBW dah mula pun aku tak ambil kisah. Semasa kami pergi gym, hari kedua pesta buku, berlaku kesesakan lalu lintas di The Mines dan aku lihat ramai yang berbondong-bondong bawak buku pun aku tak berapa kisah walaupun rasa ingin tahu dah semakin mendalam.

Iklan jualan Big Bad Wolf (daripada Big Bad Wolf Picture)
Siap ada keretanya lagi (daripada Big Bad Wolf Picture)

Suatu hari tu, Wati teringin sangat nak pergi dan mengajak aku pergi sekali. Kebetulan Yana cuti nak beli telefon dan nak pergi ke BBW juga. Aku, Wati dan Yana pergi beli telefon Yana dulu. Kemudian, kami terus ke The Mines untuk melihat jualan BBW. Kami parking di The Mines, dan terngangak juga nak mencari jalan melintas ke MIECC tu. Dalam perjalanan ke MIECC kami berselisih dengan kawan Apol yang nak balik dah ... Katanya tak berapa bestlah sebab buku dari oversea semua, tapi mungkin Wati suka! Sampai-sampai, ramai orang keluar masuk. Di luarnya terdapat pula kereta sport! Eh, pelik aku kenapa pesta jualan buku ada kereta sport pulak ... rupa-rupanya itu kereta BBW, siap dengan camera man bagi sesiapa yang nak bergaya ambil gambar dengan kereta sport tu. Masuk-masuk dalam dewan ... whoaaa ... banyaknya buku dan aku jadi 'lok lak' dibuatnya.

Wati dan Yana posing dulu ...

Kami tiga orang tak tentu arah dibuatnya ... hehe, mabuk tengok banyak buku dan best best pulak tu, dengan harganya berpatutan. Kami merayau-rayau tengok dulu apa yang ada di situ, kemudian baru mula ambil apa yang nak dibeli. Wati beli buku-buku rujukan untuk lukisannya. Aku saja beli novel-novel bekal untuk dibaca masa bersara nanti. Yana sibuk mencari buku Sudoku dan  yang seangkatan, serta novel-novel ringan untuk dibawa ke tempat kerja ... kadang-kadang di tempat kerja bosan katanya. Bila Wani habis kuliah, Wani pun datang join.

Aku bingung tengok banyak buku best best! haha

Memandangkan ini pertama kali kami pergi dan melihat BBW, memang kami tak menjangka begini keadaannya dan tidak bersedia. Bila dah tengok banyak buku begitu, rasa nak angkut semua tapi kena kena pilih-pilih sebab kami tak banyak bajet. Kalau tahu macam tu, kena bawak troli dan dompet tebal sikit. Aku berpesan dengan anak-anak jangan ghirah sangat, nanti tak cukup duit nak bayar! Kami pun beli yang betul-betul kami nak dan akan datang lagi nanti dengan lebih bersedia ... Badan pun dah penat dan kaki pun dah lenguh; bayar dan keluar. 

Di luar pun ada lagi jualan buku pop-up, baju-T, button dan lain-lain, di samping makanan (cup cakes) dan minuman ringan  ... Lekalah pulak anak-anak membelek ... Aku dah tak larat dah dengan perut lapar, kaki rasa nak cramp dan tapak kaki pedih banyak berdiri dan berjalan; mulalah dera anak suruh cepat dan nanti datang lagi!

Anak-anak membelek buku pop-up
Dah rambang mata pulak tengok button yang cute semua

Akhirnya, selesai dan jom makan dan balik! Ops sebelum balik ...

Wati berposing depan kereta sport tu

Beberapa hari selepas tu kami pergi lagi. Kali ni Wani dan anak-anak Apol pun ikut (Alia dan Ucop - kakak dah janji dengan kawannya tapi jumpa juga di sana). Kali ni, kami memang bersedia dengan duit lebih dan beg troli. Memang kami nak shopping sakan beli buku!

Alia dan Ucop
Bilangan pengunjung lebih kurang macam dulu juga

Kami masing-masing pergi mencari buku yang menarik minat masing-masing. Masing-masing bawa satu kotak sorang dan aku heret beg troli. Dah beli kami jumpa dan pilih buku-buku yang betul-betul kami nak beli. Wati banyak beli buku rujukan untuk lukisan dan kerjanya, selain general readings dan buku yang abah minat. Aku pun banyak beli buku untuk general readings dan buku Cultural Shocks - berkenaan dengan serba serbi tentang sesebuah negara. Hai ... manalah tau, nanti aku nak pergi ke negara tu dah siap pengetahuan tentang negara tu! Beranganlah Mak Cik Siah oi ... Aku ada juga belikan buku-buku yang menarik minat abah.

Aku dan Wati tengok buku-buku yang telah kami pilih - dah mabuk! 
Taraaa ... buku tentang motosikal dan kereta antik ni mesti abah suka!

Kumpul-kumpul buku, dah banyak. Kena bayar dulu dan hantar ke kereta, masuk lagi dan cari lagi buku!

Baru separuh hantar ke kereta dulu ... berat nak bawak

Dah letih, aku dan Wani duduk menunggu Wati, Yana dan anak-anak Apol kat tempat bayar. Dah mereka lambat, aku pergi tengok buku lagi. Rupa-rupanya, mereka pulak kena tunggu aku, haha. Sambil tunggu tu mereka membeleklah buku-buku yang hendak dibeli.

Sukanya mereka membelek buku yang nak dibeli (sambil menunggu aku)
Di rumah, membelek sebahagain buku yang telah dibeli

Dah beli banyak tu pun masih nak tengok lagi. Kebetulan pada hari Ahad 23 Disember ialah hari akhir jualan. Pada hari Jumaat hingga Ahad petang, mereka mengadakan jualan secara berterusan. Pada hari Sabtu, Yana balik awal sikit dari kerja. Apa lagi, Wati, Yana dan Wani pun buat rancangan nak pergi tengah malam tu. Mereka pergi pukul 2 pagi dan balik pukul 4 pagi! Aku tak kuasa pergi, penat asyik keluar jer ... bergulung dalam selimut lagi best, tambahan musim hujan ni ... 

Wati snap gambar suasana di BBW pukul 2 pagi 

Paginya, mereka bercerita yang buku Cultural Shock tu banyak stok baru dengan pelbagai negera lagi. Ish, diorang ni saja jer menggodaku supaya pergi lagi. Dengar banyak lagi stok buku-buku baru, kami pun pergi lagi. Cadangan nak beli sikit jer, tapi banyak jugak jadinya! Tapi sangat berbaloi sebab buku-bukunya memang bagus dan harganya lebih murah lagi. Semasa membuat bayaran, kami dapat kupon Skin Food dan penanda buku. Bila redeem kupon tu, kami dapat face mask.

Kupon Skin Food (daripada BBW picture)
Beberapa jenis penanda buku 

Bila kumpul semua buku yang dibeli wah, lebih sekotak. Bila kira-kira kami habis lebih kurang RM1k, tapi kami puas hati sebab banyak buku coffee table juga yang dibeli. Bila susun pada rak buku, tak muat kerana sebelum ni pun dah banyak buku juga. Separuh kena letak atas meja; senang nak capai dan baca ...

Buku-buku dari BBW (ada beberapa buah buku lain)
Buku Cultural Shock tak muat letak kat rak, letak atas coffee table
Wani pulak lekatkan button pada begnya, dan Yana lekatkan pada patung dalam keretanya ... Semasa 'kembara' kami ke BBW Abang (Zafhri) tidak bersama-sama kami. Abang dengan kawan-kawannya dan nampak macam tak berapa berminat.  Abah pulak di tengah laut!

Button Wani 
Button Yana



Hari-hari yang memenatkan tetapi berbaloi


No comments:

Post a Comment