Thursday, January 26, 2012

Tahun Baru Cina, Kenduri Kahwin

Tahun Baru Cina pada tahun ni, aku dimaklumkan cuti umum yang panjang juga. Aku sendiri tak tahu ...  Yang aku tahu, bunyi mercun sana sini, ada macam bunyi meriam dan macam bunyi machine gun. Memang meriah, cuma bila mereka membakar mercun pada tengah malam itu, very annoying! Mungkin pada mereka yang tiada apa-apa, itu merupakan satu pesta kegembiraan yang mesti diraikan. Tapi, bagaimana pula pada mereka yang terdapat baby atau orang sakit di dalam rumah mereka? Fikir-fikirkanlah ... Tradisi tetap tradisi, tetapi kalau dah kena hidung sendiri???

Sejak dua menjak cuti sakit yang panjang ni, aku memang lost track hari cuti, tarikh dan hari. Tak mengapalah ... Apa yang penting ialah masa cuti panjang Tahun Baru Cina ni ramai yang bercuti balik kampung, jalan-jalan dan banyak yang mengadakan majlis kenduri, terutamanya kenduri kahwin. 

Bagi aku dan keluarga, kalau abah ada mungkin kami pergi bercuti juga bersama-sama adik-adik dan anak sedara ke Mersing. Mereka dah lama merancang dan dah pun booking tempat untuk aku sekeluarga juga. Abah cakap kalau aku anak-beranak nak pergi, tak mengapa. Akan tetapi, bila tanya anak-anak semua tak nak pergi sebab abah tak ada ... tak enjoy kata mereka dan akan miss abah. Tapi, Zafhri pergi jugak dengan Anep bersama-sama mereka satu malam sebab nak ambik atap nipah yang abah tempahkan untuk kegunaan dia.

Aku dan anak-anak dara yang tinggal duduk rumah aje. Dah tak pergi ke mana-mana, kami pergilah menghadiri dua majlis kenduri kahwin, iaitu pada hari Ahad (22 Jan 2012) dan hari Isnin (23 Jan 2012). Pada hari Ahad tu kebetulan ada dua kenduri, majlis perkahwinan anak seorang sahabat yang telah bersara dan satu lagi ialah majlis perkahwinan abang kepada kawan Zafhri (yang telah aku anggap sebagai anak) di Semenyih. 

Aku tak sempat nak pergi kenduri kawanku itu. Kami menghadiri kenduri di Semenyih saja. Hari tu panas dan bila sampai sungguh ramai tetamu, kerana kebetulan pengantin sedang bersanding. Kami memang dah simpan perut untuk makan kenduri. Bila sampai dan dah jumpa ayah ibu pengantin, apa lagi ... terus menjamu seleralah. Aku makan juga daging!!! Huih ... langgar pantang!!! Memang kalah betul aku dengan daging ni. Harap-harap tidak memudaratkan. Aku sempat ambil gambar pengantin, tapi di sini aku tertarik sangat dengan kek pengantin tu ... 
Huh, 5 tingkat dan mesti sedap tu ...
Pada hari Isnin pula, aku dan anak-anak menghadiri majlis perkahwinan kawan Zafhri pula, yang telah ku anggap sebagai anak juga. Majlis diadakan di sebuah dewan di UPM. Wah, meriah juga dan ramai tetamu jemputan. Lauknya pulak lauk-lauk kegemaranku ... haaa, nasib baik tak ada daging. Antara lauknya ialah nenas masak lemak cili padi ikan masin dan tempoyak masak sayur. Sedapnya ...  Kami sempat juga melihat pengantin bersanding. Pelaminnya amat cantik dan sweet sekali ...
Cantik dan sweet pelaminnya kan ... pastel
Semoga pasangan-pasangan tersebut dirahmati Allah dan hidup bahagia suami isteri hingga ke akhir hayat, dan dianugerahi putera puteri yang solah dan solehah.

Ucapan yang sama juga ku panjangkan kepada sahabatku, Shimah, yang meraikan majlis perkahwinan anak sedara dan adiknya di Kota Bharu, Kelantan. Semoga pasangan tersebut juga sentiasa dirahmati Allah dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat, dan dianugerahi putera puteri yang solih dan solihah, amin ...

2 comments:

  1. Siah, cousin i pernah buat majlis di hotel, keknya macam nilah lebih kurang, nak tahu, yg betul2 kek yg boleh dimakan cuma sebahagian sahaja daripada kek yg paling bawah - i belek sendiri selepas acara selesai! Kalau mcm ni dibuat di rumah, rasanya semua boleh makan kut?

    ReplyDelete
  2. Oh ye ke ... Harap cantik jerlah ye. Rugilah macam tu, sedang charge dia mesti mahal kan tapi boleh makan sikit jer. Tengok orang kenduri kawin sekarang, kalau I menantu nanti tak mampu nak buat macam diorang!!!

    ReplyDelete