Sunday, January 10, 2016

Kelas Agama - Fiqh solat

Tahun lepas, rasa kering jiwa apabila lama tidak diberi 'makan minum' kerohanian. Kelas tajwid dah selesai kerana aku join kelas rupanya dah ke penghujung. Kelas bahasa Arab pula, hampir setahun aku join, tapi tak dapat catch up; aku give up sendiri. 

Pada hujung tahun lepas, imam Masjid Jame' Kajang mewar-warkan kelas-kelas baharu yang akan dibuka pada tahun 2016. Aku sangat tertarik denga kelas Tajwid Asas dan Fiqh Solat. Kedua-dua ilmu ini amat aku perlukan untuk meningkatkan maqam pembacaan al-Quran dan solat. Dengan mengambil kira keadaan otakku yang semakin lembab dan mudah lupa ni, aku perlu membuat pertimbangan untuk memilih salah satu sahaja dahulu supaya 'yang kejar tak dapat dan yang dikendung berciciran', maka aku mendaftar kelas Fiqh Solat sahaja. 

Semalam, Sabtu 9 Januari 2016, bermulalah kelas pertama Fiqh Solat. Kelas diadakan selama dua jama, 9.30 - 11.30 pagi. Aku pergi dengan semangat yang berkobar-kobar dan positif dengan harapan aku dapat mengikuti kelas ini hingga ke akhir nanti, yang mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun. Dengan mengetahui tempoh masa yang agak lama begitu untuk menghabiskan kursus ini dengan sebuah buku berjudul Fiqh Solat: Memahami Ibadat Sembahyang, pastinya pembelajaran ini amat terpeinci nanti. Alhamdulillah, semoga solatku meningkat maqamnya nanti. 

Kelas ini diadakan di Surau Raudatul Mawaddah, Kajang, dan dibimbing oleh ustaz Zakaria. Kelas dimulai dengan sessi ta'aruf supaya Ustaz dan penuntut dapat berkenalan antara satu sama lain sebelum kelas dimulakan ...
Ustaz Zakaria

Sessi ta'aruf

Selesai sessi ta'aruf, kelas dimulakan dengan ustaz memberikan makna fiqh sebagai memahami, maka Fiqh Solat ialah Memahami Solat. Allahuakbar, aku yang daif ni baru tau maknanya. Alhamdulillah, dalam usia begini baru tahu ... better late dan never ... Astagfirullah. 

Ustaz telah mengupas makna solat itu sebenar-benarnya. Betapa aku merasai diriku ini sangat dangkal dalam hal tiang agama ini, yang sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Aku sangat bersyukur kerana dapat menyertai kelas ini. Baru hal pengenalan dalam solat, terlalu banyak yang aku masih miss mengenainya. Kecutnya rasa hatiku, setakat manalah agaknya Allah menerima solatku selama ini, mmmm ...

Suasana kelas, masing-masing nampak seronok dan khusyu'

Walaupun pembelajaran berdasarkan buku yang telah ditetapkan, namun ustaz memberikan banyak maklumat lain yang berkaitan dengan solat. Aku sangat teruja mendapat maklumat-maklumat itu semua. Masing-masing begitu teruja, apa lagi kelas diadakan secara tidak begitu formal dan diselangi dengan soal jawab. 

Kerana keseronokan masing-masing belajar, maka kelas yang sepatutnya habis pada pukul 11.30, terlajak hingga hampir pukul 12 tengah hari, tetapi masing-masing tidak kisah. Aku pula berasa sangat puas, teruja dan sangat gembira dengan peluang yang ku perolehi untuk mendalami bab solat, yang menjadi tiang agama ini. Aku menunggu kelas ini yang akan diadakan dua minggu yang akan datang. Semoga Allah memberiku kesihatan yang baik untuk mendalami ilmu-Nya, aamiin.

Ya Allah ...
Aku bersyukur dengan rahmat-Mu 
memberi aku peluang untuk mendalami ilmu-Mu yang ini
AAMIIN...

No comments:

Post a Comment