Pada 3 Jun 2012, berlangsung majlis pertunangan anak sedaraku, Acai (Muhamad Faizal Mohd. Faiz), dengan penuh meriah dan gemilang. Acai ialah anak bongsu kepada kakakku daripada 4 orang adik beradik, maka kakakku bakal menerima menantu bongsu yang dijangkakan tahun depan. Masa majlis berlangsung, abah berada di laut, maka aku dan anak-anak sahaja yang pergi untuk turut memeriahkan majlis yang penuh makna bagi mereka itu. Kakakku telah berpesan supaya datang pagi bersarapan di rumahnya sebelum berangkat ke rumah bakal menantu. Selepas semua tetamu bersarapan, kira-kira pukul 11 pagi kami semua bertolak ke rumah pihak perempuan dengan membawa hantaran yang telah disediakan.
|
Acai dengan barang-barang hantaran |
|
Kembar Acai (Jepp, anakku beza umur seminggu dengan Acai masih solo) numpang bergambar jerlah! |
|
Kakak dan abang ipar ceria |
Sampai di rumah pihak perempuan, mereka membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan majlis pernikahan nanti pula. Melihat pada persiapan pihak perempuan, lepas majlis nikah sebab siap dengan pelamin dan hidangan tengah hari yang sangat enak. Pihak perempuan pula siap didandan seperti pengantin ...
terbaik la Nok punya cerita..sangat suka membacanya..majlis resepsi tahun depannye tulis lagi ye Nok..
ReplyDeleteSudah pasti, tungguuuu ...
Deletewah best ny kronologi acai tunang nie, lain kli kte bleh update untuk acai kawen n jepp tunang plak huhuhuh ;)
ReplyDeleteMesti Sam, tapi gambar guna HP jer tak berapa umph ...
DeleteWah, kejap aja Ateh dah tunangkan anak bongsunya. Dah habis dah stok, x tambah stok baru ke, he he!!
ReplyDeleteHaha ... stok untuk persediaan alam alagi satu jer ...
Delete