Khas dan teristimewa buat anak angkatku Tinie dan pasangannya, Muhsin...
(Sila hentikan muzik blog ini dahulu)
|
Seperti pinang dibelah dua - sama cantik, sama padan |
SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT
Pada pagi 27 Mei 2012, aku sekeluarga (tanpa abang) telah berangkat ke Ipoh untuk memenuhi jemputan perkahwinan sahabat baik Yana, Tinie. Tinie telah ku anggap sebagai anakku sendiri. Majlis diadakan di Dewan Bankuet SUK. Kami sengaja bergerak dari rumah lewat sedikit supaya kami tidak terserempak pengantin bersanding, lalu tak dapatlah kami nak berjumpa dengan pengantin nanti. Kami dari KL sekali dengan sahabat Yana, Akmar dan tunangnya. Apabila sampai...
|
Pemandangan apabila masuk ke dewan ... |
|
Persada |
Mungkin Tinie tidak menyangka Yana akan datang. Yana datang dengan keluarga dan Akmar pulak tu! Apabila sampai, memang pengantin dah selesai bersanding dan makan. Kami dapat terus berjumpa pasangan pengantin. Nampak Tinie begitu gembira dan teruja sekali dengan kedatangan kami. Seterusnya kami semua menjamu selera kerana masing-masing dah kelaparan. Tetapi sebelum tu sempat bergambar-gambar dulu ...
|
Kami disambut mesra oleh pasangan pengantin |
|
Bergambar ramai-ramai |
|
Yana, Tinie dan Akmar |
|
Akmar, Tinie dan Yana |
|
Tinie dan Yana |
Semasa sedang makan, pengantin melayan tetamu-tetamu lain pula, dan hilang ... Rupa-rupanya, pasangan pengantin pergi bertsalin pakaian untuk upacara memotong kek. Sungguh cantik kelihatan pasangan pengantin dengan gaun dan sut putih - seperti prince dan princess!
|
Bergambar sebelum memotong kek pengantin |
|
Upacara memotong kek |
Selepas memotong kek, pasangan pengantin turun semula untuk bergambar bersama-sama keluarga dan tetamu, dan melayan tetamu sebelum tetamu pulang.
|
Gambar kenangan pasangan pengantin dengan sahabat |
|
Dua sahabat karib - bila pulalah 'kembar' pengantin tu nak adakan majlis seperti ini? |
|
Tinie dengan Akmar (tak lama lagi tu ...) |
|
Barang-barang hantaran |
Sebelum balik, kami sempat bergambar dulu di dalam dewan ...
No comments:
Post a Comment