Tuesday, August 14, 2012

Majlis Perkahwinan Sebelum Puasa

Sebelum umat Islam mula menunaikan ibadah puasa, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan, mungkin nak berpuasa dan menyambut 'idilfitri dengan anggota keluarga baharu. Pasti, dengan bertambahnya anggota keluarga akan menyemarakkan lagi kemeriahan berpuasa dan beraya. Aku dan keluarga telah mendapat 3 undangan majlis perkahwinan.

Pada 1 Julai 2012, aku telah memenuhi jemputan majlis perkahwinan anak Kak Norishah (rakan pejabat yang telah bersara pilihan), yang diadakan di GMI (German Malaysia Institute) di Bangi. Majlis ini ialah majlis di pihak lelaki (aku tidak dapat pergi kenduri pihak perempuan yang diadakan sebelumnya). Memandangkan abah di laut masa tu, aku pergi dengan Noreida (rakan pejabat). Sampai di dewan tempat majlis, kami menunggu di luar dewan sebentar untuk mengiringi pengantin. Rupa-rupanya majlis meraikan 2 pasang pasang pengantin! Wah, meriah ... dan aku teruja sekali dapat berjumpa Kak Norishah yang dah lama tak ditemui.

Apabila pengantin sampai barulah kami masuk ke dalam dewan mengiringi pengantin, dan terus ke meja makan. Suasana dalam dewan amat sederhana dan harmoni. Waaa ... melihat makanan yang terhidang, melonjak-lonjak perut sebab dah rasa lapar sangat. Tapi, kena tunggu pengantin bersanding sekejap dan bacaan doa. Bila pengantin dan turun ke meja makan pengantin dan doa dibacakan, barulah kami pun boleh menikmati hidangan makan tengah hari. Begitu enak makanan yang dihidangkan, Alhamdulillah.

Dua pasang pengantin bersanding, dan meja makan pengantin
Dua pasang pengantin di meja makan pengantin
(Sebelah kanan anak Kak Norishah dan menantu lelakinya)
Anak Kak Norishah (Ati) dan suami.
Kak Norishah dan suami makan di meja pengantin dengan anak dan menantu

Pada 8 Julai 2012, aku dan suami mendapat jemputan khas daripada Tifa (kawan karib Wani, untuk majlis perkahwinan abangnya). Majlis diadakan di The Palace of Golden Horses, dan jemputan adalah untuk 3 orang, iaitu aku, Wani dan abah. Memandangkan abah di laut masa tu, Liyana mengambil tempat abah. Majlis diadakan pada waktu malam, penuh gemilang (bunga di sana sini). Aku sangat suka dengan temanya, peach, dengan pelamin dan kek pengantin yang begitu elegant.

Gambar pasangan pengantin dalam kaca berlampu di luar dewan.
Pelamin yang indah
Kek pengantin
Tifa dan Wani, two close friends.

Untuk memeriahkan majlis, tuan rumah menjemput artis M. Daud Kilau dan Nash untuk menghiburkan tetamu yang sedang menikmati hidangan makan malam. Apabila selesai majlis, ramai tetamu yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan artis jemputan, dan tidak terkecuali dengan aku! huhu ...

Nash
Bergambar dengan M. Daud Kilau, yang santun orangnya.



Pada 15 Julai 2012, aku sekeluarga memenuhi satu lagi jemputan, iaitu perkahwinan anak pasangan jiran kami, En. Umar dan Pn. Fatimah. Majlis di adakan di Bandar Sunway Club House, penuh meriah dan gemilang juga (tiada gambar nak dipaparkan). Kali ini, abah ada di darat dan kami satu keluarga menghadirinya. Alhamdulillah, kenyang kami dapat makan tengah hari di majlis ini.

Semoga pasangan itu semua akan hidup bahagia hingga ke akhhir hayat, aamiin ...

Saturday, August 11, 2012

Majlis Pertunangan Anak Sedara

Pada 3 Jun 2012, berlangsung majlis pertunangan anak sedaraku, Acai (Muhamad Faizal Mohd. Faiz), dengan penuh meriah dan gemilang. Acai ialah anak bongsu kepada kakakku daripada 4 orang adik beradik, maka kakakku bakal menerima menantu bongsu yang dijangkakan tahun depan. Masa majlis berlangsung, abah berada di laut, maka aku dan anak-anak sahaja yang pergi untuk turut memeriahkan majlis yang penuh makna bagi mereka itu. Kakakku telah berpesan supaya datang pagi bersarapan di rumahnya sebelum berangkat ke rumah bakal menantu. Selepas semua tetamu bersarapan, kira-kira pukul 11 pagi kami semua bertolak ke rumah pihak perempuan dengan membawa hantaran yang telah disediakan.

Acai dengan barang-barang hantaran
Kembar Acai (Jepp, anakku beza umur seminggu dengan Acai masih solo) numpang bergambar jerlah!
Kakak dan abang ipar ceria

Sampai di rumah pihak perempuan, mereka membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan majlis pernikahan nanti pula. Melihat pada persiapan pihak perempuan, lepas majlis nikah sebab siap dengan pelamin dan hidangan tengah hari yang sangat enak. Pihak perempuan pula siap didandan seperti pengantin ...

  
Tunang Acai
Bakal mertua-menantu bergambar

Kakak sekeluarga bergambar dengan Wani
   
Aku pun nak jugak bergambar dengan wani!
Senang hati dah selesai majlis dengan selamat

Dah selesai makan tengah hari, kami semua pun mengorak langkah balik dengan membawa balasan hantaran ... Semoga pasangan ini akan selamat diijabkabulkan pula nanti, aamiin ...

Balasan hantaran daripada pihak perempuan