Tuesday, November 22, 2011

Pak Pung, Pak Pung ... Durian Oh Durian ...

Hari Jumaat, 18 Nov. 2011, ialah hari terakhir persekolahan pada tahun ini. Memang telah menjadi kebiasaan, apabila tiba musim cuti sekolah maka tiba jugalah musim kenduri-kendara di sana sini - majlis perkahwinan, doa selamat, berkhatam, menyambut kepulangan jemaah ... habis-habis berkumpul beramai-ramai balik kampong, adik-beradik dan sedara-mara; pesta buah-buahan di kampong!

Dalam kes keluargaku, masa raya puasa lagi, kalau tak silap, aku telah menerima kad undangan daripada salah seorang anak sedara (anak kakak) yang akan mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya. Kalau dah anak kepada anak kakakku, maka yang nak nikah tu ialah cucuku! Wah ... dah nenek aku ni ye (orang nogori panggil nenek tu 'uwan')  ... hehehe ... uwan sedaralah aku sebab anak-anakku semuanya masih single-mingle lagi, dan cucu-cucu adalah daripada anak-anak sedaraku. 


Aku tak heran, sebab memang dah ramai cucu sedaraku - tak bilang pulak berapa orang, hehehe.  Rakan-rakan sebayaku pun dah ramai dapat title nenek dah kerana mereka dah ada beberapa orang cucu - bukan cucu sedara seperti aku. Kalau jumpa memang tak lepas cerita kisah cucu. Betul kata orang tua-tua ... sayang cucu tu melebihi sayang anak ... kesian anak ye. Nanti anak kepada anak sedaraku tu beranak ... hahaha, lagi naik title ku ... jadi 'onyang', kata orang nogori (cara sebutnya ialah oo...nyang). 

Ish ... dah off topic pulak, and back to what I want to say ...

Dah awal sangat jemputan, aku pun dah lupa mana letaknya kad jemputan tersebut, dan terlupa juga tarikh majlis tersebut. Nasib baik, anak sedara telefon balik mengingatkanku ... mintak maap banyak-banyak ye, terlupa tu. Al-maklumlah, bila umur dah nak masuk senja ni, dan mungkin banyak wire dalam otak pun dah putus kena bakar dek ubat kemo (lawak jer) ... Maka, pada hari Ahad, 20 Nov. 2011, kami sekeluarga pergilah menghadiri majlis perkahwinan cucuku di Seremban. Berpandukan GPS sampailah kami ke rumah pengantin (masa dia bertunang kami sesat-barat mencari rumah ... terpaksa cucu sedaraku yang lelaki datang jemput kami dengan motosikal dan memandu kami sampai ke rumahnya).


Sampai rumah pengantin dah tengah hari dan perut pun dah menyanyi (memang simpan perut nak makan kenduri!) Hidangan memang dah tersedia ... apa tunggu lagi ... kayuhlah ... Punyalah berseleranya aku makan lauk rebung masak kuning cili padi dengan perut lembu, kena pulak dengan petai lagi ... tengoklah aku makan!!! Tak peduli mulut 'wangi' lepas tu makan petai dah! Lauk lain seperti daging kari dan ayam masak merah aku tak pandang dah!
Baru sampai
Menjamu selera
Menunggu pengantin tiba
Lepas makan, aku berborak-borak dengan sanak sedara sementara menunggu pengantin tiba. Inilah masanya dapat berjumpa sedara-mara yang jauh dan jarang berjumpa ... seronok bercerita dan bertanya khabar masing-masing. Ada yang dah tak kenal pun; punya lama tak jumpa.
Pengantin dah tiba

Pengantin dah tengok dah, dan ramai sedara mara yang dah jumpa dah. Perut pun dah kenyang ... tibalah masa kami mintak diri. Bukan sengaja nak balik cepat, tapi kami nak balik kampong menjengah mak dan ayah abah, kerana abah akan balik ke 'laut' pada hari Selasa. Kebetulan, buah durian pulak sedang luruh di kampong ... mak dan ayah di kampong sentiasa menunggu anak-anak dan cucu-cucunya balik makan durian. Terima kasihlah mak dan pak pengantin, semoga cepat menimbang cucu pula. 
Terima kasihlah mak dan pak pengantin

Balik kampong, tukar uniform dan terus kejar durian dulu. Yuhuuu ... 'melantak' sampai kenyang (se'eh bak kata orang Kelantan). Aku dan Wani yang banyak 'melantak'; abah makan sikit jer dan yang lain-lain tak makan durian ... betapa ruginya mereka tak nak merasai nikmat makan durian!!!
Wani 'hantu' durian

Tahun ni, banyak betul buah durian. Bukan setakat tinggi buahnya, ada buah yang rendah, boleh dicapai dan dibau nak tahu masak atau tidak ... Rezeki Allah berikan kepada keluarga kami ... Pokok-pokok durian ni pun semua kat belakang rumah jer.
Tengok banyaknya buah durian
Buah yang tinggi
Buah yang rendah boleh cecah kepala abah
Lagi, buah yang rendah cecah kepala Zafhri
Selain tiu, ada juga banyak buah kundang, rambutan dan manggis ... tapi belum masak lagi ... Tungguuu ... Buah-buah tu semua sporting ... Dia masak nak tunggu aku habis rawatan ... bolehlah aku duduk bawah pokok nanti 'melantak' buah-buah tu ... 
Buah kundang
Gugusan buah kundang
Minta maaf, lupa nak snap gambar buah rambutan dan manggis ....

ALAHAMDULILLAH